Kemaskini Terakhir: Isnin,24 Sept 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

53a8b802 1c57 47ac a605 223f21ebbf783dea0da7 7e40 41ad b93e 8dbfb4e6709f

f44b3ab1 3e82 4780 94f6 fb0d8f3043bea92d3450 8817 4355 8dd9 9f4109afdccf

 

KUALA LUMPUR, 6 Sept 18 – Satu majlis pemakaian pangkat pegawai kanan TUDM telah diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM hari ini.

Di majlis tersebut menyaksikan Brig Jen Dato' Abdul Manaf bin Md Zaid TUDM dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral TUDM dan memegang jawatan sebagai Panglima Markas Wilayah 2.

Seterusnya, Lt Kol Hishammudin bin Abdul Rahman TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Konolel TUDM mulai 6 Ogos 18 dan memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah di Institut Teknologi Aerospace.

Manakala empat Pegawai TUDM berpangkat Mej TUDM dinaikkan ke pangkat Leftenan Koloner TUDM iaitu Mej Mohd Hazaruddin bin Haron TUDM, Mej Nurul Zaidee bin Kassim TUDM, Mej Nurul Amir bin Othman TUDM dan Mej Mohd Norazan bin Othman TUDM.

Majlis pemakaian pangkat tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.