Kemaskini Terakhir: Khamis,15 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1 1 1 1 1 1 1 1

 

SUBANG, 30 Ogos 18 - Malam Gemilang dan Majlis Makan Malam Persatuan Ping Pong TUDM telah julung kali diadakan di KRTU, PU Subang. Bertujuan untuk meraikan kejohanan yang telah dikecapi setelah 10 tahun penantian untuk menjadi juara dalam Kejohanan Ping Pong Antara Perkhidmatan ATM yg telah berlangsung pada 9 hingga 13 Julai 2018 yang lepas bertempat di Dewan Ababil, PU Subang.

Majlis tersebut dihadiri oleh Penaung Persatuan Ping Pong TUDM sendiri iaitu Mej Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM, Pengerusi persatuan iaitu Lt Kol Wan Amir Zaki bin Wan Hassan TUDM, Setiusaha persatuan iaitu Mej Kamisah binti Salimin TUDM serta semua barisan pemain utama termasuk pemain-pemain pelapis. Di dalam majlis tersebut, turut disampaikan sijil penghargaan yang telah disempurnakan oleh Penaung Persatuan Ping Pong TUDM kepada semua pemain sebagai menghargai jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada persatuan khasnya dan kepada TUDM amnya.

Diakhir majlis tersebut, Penaung Persatuan Ping Pong TUDM telah merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada barisan utama pemain yang bertungkus-lumus sehingga berjaya mengecap kemenangan. Beliau turut menyeru supaya semua pemain TUDM termasuk pemain pelapis menjalani latihan yang berterusan sebagai usaha yang padu dan persiapan yang mantap bagi mengekalkan kejuaraan yang telah dikecapi.