Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

000 3717000 3738000 3761000 3781000 3824000 3861

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 18 – Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu telah menyempurnakan Perhimpunan Kementerian Pertahanan dan Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2018 bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM hari ini.

Seramai 1500 warga hadir dalam perhimpunan ini melibatkan 750 orang tentera manakala selebihnya adalah kakitangan awam Kementerian Pertahanan.

Perhimpunan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada Menteri dan warganya beramah mesra sekaligus dapat menyampaikan amanat beliau sepanjang menyandang jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

Sempena menyambut bulan kemerdekaan, Kementerian Pertahanan turut mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan bagi menyahut saranan kerajaan untuk semarakkan semangat kibarkan jalur gemilang di seluruh negara. Justeru, tema kemerdekaan telah diangkat sebagai tema perhimpunan kali ini dengan slogan “Sayangi Malaysiaku”.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Halimi bin Abd Manaf; Panglima-panglima dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan serta pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian.