Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

e4339eb6 a312 463b a568 f93bce991b4f4ef7c299 f0a1 402c 8058 82c1c81972e6e30d5949 e110 470d 883e 7c21a9909d38e4114a4e 87a4 4152 bc93 cdfb955843048138cb09 2cda 45e9 906d 19e033530a5e

Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM mewakili Panglima Tentera Udara telah mengadakan lawatan kerja ke Darwin Australia bagi melihat sendiri perkembangan Eksesais Pitch Black 2018 dan berjumpa dengan pegawai dan anggota TUDM yang terlibat dengan eksesais ini.

Kehadiran Ketua Staf MPOU bersama Komander PU Subang, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Muzadmir Ong bin Abdullah TUDM disambut oleh Panglima Tentera Udara Australia, Air Marshal Leo Davies. Hadir sama Penasihat Pertahanan Australia di Malaysia, Group Captain Wendy Horder.

Terdahulu, TUDM telah menghantar seramai 40 Pegawai dan 78 Lain-lain Pangkat dengan penglibatan 5 buah pesawat F/A-18D (No 18 Skn) dan sebuah pesawat A400M (No 22 Skn) bagi menjayakan Eksesais Pitch Black 2018 yang bermula pada 7 Julai sehingga 17 Ogos 2018.