Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1249fcd4 b11f 4e58 97da daa72a31004b24d76b44 93f9 41b9 89d0 b648797b5c95e4bf3e20 ad90 46e7 8b35 ef9773456281

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 18 – Pasukan Ragbi TUDM atau lebih dikenali dengan nama “RMAF Blackhawk” berjaya mempertahankan kejuaraannya di Kejohanan Liga Kuala Lumpur 2018 setelah membenamkan pasukan lawan, Kosas Old Boys dalam perlawanan akhir dengan kutipan mata 31 berbalas 12.

Dalam edisi kali ini, sebanyak 20 pasukan terbaik sekitar Lembah Kelang telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang bermula pada 31 Mac hingga 12 Ogos 18. RMAF Blackhawk merupakan salah satu pasukan yang mewakili ATM dan juga juara bertahan pada edisi yang lalu.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Ragbi, Pangkalan Udara Kuala Lumpur turut dihadiri oleh Timbalan AKSPA, Brig Jen Dato’ Abdul Manaf bin Md Zaid TUDM dan Komander PU Kuantan, Brig Jen Wan Amin Hafiz Wan Mahmud TUDM.

Syabas dan Tahniah RMAF Blackhawk!!