Kemaskini Terakhir: Jumaat,17 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

7080c7c2 c7f0 417d 9a68 9730075ab4feb7ac4484 1793 4667 a2d9 dfcb71e7489db96d6f8f e653 4057 8af1 b5119441b377e764233e 00bd 4bbe b147 7a3f2639ba2fed446811 b6be 4b09 9312 e35436916a83

SUBANG, 9 Ogos 18 - Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Waran (KKPW) Siri 44/18 telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM mewakili Panglima Tentera Udara bertempat di Dewan Pahlawan, Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) hari ini.

Kursus yang bermula pada 9 Jul hingga 10 Ogos 18 ini dihadiri seramai 55 peserta terdiri daripada 50 peserta lelaki dan 5 peserta wanita berpangkat Flait Sarjan dari pelbagai ketukangan dalam TUDM.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk melahirkan anggota TUDM yang berupaya serta berkebolehan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Pegawai Waran di pangkalan/unit nanti.

Majlis turut dihadiri oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM; AKS Sumber Manusia, Brig Jen Dato’ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM; Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM; wakil AKS Tadbir, Kol Hj Ahmad Roslan Zaki bin Abdul Ghani TUDM; Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM serta pegawai-pegawai dan jurulatih INSTAR.