Kemaskini Terakhir: Jumaat,17 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456789101112

KUALA LUMPUR, 7 Ogos 18 – Pangkalan Udara Kuala Lumpur telah diberi penghormatan untuk menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat TUDM dengan tujuan untuk memilih wakil TUDM bagi kategori Pegawai, Qari dan Qariah ke peringkat ATM yang akan diadakan pada 16 hingga 17 Ogos 18 nanti.

Dengan bertemakan “Kesatuan Ummah Asas Kesejahteraan Negara”, Majlis tilawah Al-Quran peringkat TUDM telah berlangsung di Dewan Angkasaraya Pangkalan Udara Kuala Lumpur malam tadi.

Seramai 12 peserta terdiri daripada empat peserta pegawai, empat peserta Qari LLP dan empat peserta Qariah yang mewakili zon masing-masing telah memperdengarkan bacaan. Penentu pemenang adalah berdasarkan Tajwid, Lagu, Fasohah dan Suara.

Tilawah Al-Quran pada tahun ini menyaksikan Mej Mohammad Hamzani bin Muhammad TUDM dari Pangkalan Udara Butterworth mempertahankan kemenangan beliau bagi kategori Pegawai. Manakala bagi kategori Qari LLP telah dimenangi oleh PW U II Ahmad Ansoory bin Abd Aziz dari Pangkalan Udara Labuan dan Johan kategori Qariah dimenangi oleh Kpl U (W) Umi Kalsom binti Bakar dari Pangkalan Udara Butterworth yang juga johan pada tahun lalu. Juara keseluruhan Tilawah Al-Quran mengikut zon dinobatkan kepada Zon Utara dengan markah yang diperolehi sebanyak 223.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM diiringi Komander Pangkalan, Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.