Kemaskini Terakhir: Sabtu,15 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

125678

DARWIN, 4 Ogos - Pihak RAAF telah menganjurkan hari terbuka di RAAF Darwin bersempena dengan Eksesais Pitch Black 2018 yang sedang berlangsung. Pangkalan tersebut dibuka kepada pengunjung bukan sahaja warga setempat malah dari seluruh Australia sejak jam 9 pagi hingga 4 petang.

Lebih 20 jenis pesawat terlibat dalam pameran statik. Pihak TUDM turut mengambil bahagian dalam pameran bersama-sama negara lain dengan kehadiran pesawat A400M dan F/A-18D yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung dari segenap lapisan bangsa.

Selain itu, terdapat juga pameran senjata api serta persembahan live band oleh kumpulan pancaragam RAAF sepanjang acara berlangsung.

Penganjuran hari terbuka ini merupakan tanda penghargaan oleh pihak RAAF kepada masyarakat setempat yang memberikan kerjasama penuh serta membuka peluang kepada masyarakat setempat untuk melihat dan berinteraksi dengan lebih dekat bersama pegawai dan anggota dari pelbagai tentera udara yang terlibat.