Kemaskini Terakhir: Jumaat,17 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

Pameran1Pameran2Pameran3Pameran4

SUBANG, 2 Ogos 18 - Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Tentera Udara Diraja Malaysia (AITUDM) telah berlangsung di Kelab Rekreasi Tentera Udara(KRTU) hari ini. Majlis ini merupakan satu majlis tahunan yang dikelola oleh Inspektorat TUDM selaku Sekretariat Inovasi TUDM. Majlis penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Selaras dengan aspirasi kerajaan dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan agensi-agensi kerajaan, majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para peserta yang telah berusaha dalam melaksanakan projek inovasi yang dibangunkan. Tema inovasi pada tahun ini adalah " Inovasi Pencetus Transformasi". Pemenang-pemenang pada majlis tersebut akan mewakili TUDM ke Persada Inovasi Kementerian Pertahanan 2018 yang akan dianjurkan kelak. Senarai pemenang adalah seperti berikut:

Penambahbaikan 1Penambahbaikan 2Penambahbaikan 3

Bidang Penyampaian Perkhidmatan - Kategori Penambahbaikan
1. Kumpulan : The flying tiger
Unit : No 5 Skn, PU Labuan.
Projek : EC 725 AP Flir Display & Recording System.

2. Kumpulan : Viper.
Unit : Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace TUDM
Projek : TAMM Smart Apps

3. Kumpulan : Legal Directorate.
Unit : MTU-Perundangan.
Projek : RMAF Legal Refference.

Penciptaan1Penciptaan2Penciptaan3

Bidang Penyampaian Perkhidmatan- Kategori Penciptaan
1.Kumpulan : The Flying Rhino
Unit : No 7 Skn, PU Kuching.
Projek : Digital Tool Control System.

2. Kumpulan : The Chimney
Unit : Skn 340, Bkt Kubong.
Projek : Alenia Portable Information System(A-PIS).

3. Kumpulan : Cobra
Unit : No 11 Skn, PU Gong Kedak.
Projek : Nose Landing Gear Anti Rodent Cover untuk Pesawat SU-30MKM.

Penambahbaikan1Penambahbaikan2

Bidang Inovasi Sosial - Kategori Penambahbaikan
1. Kumpulan : WWE
Unit : Cwg Kejuruteraan, PU Subang.
Projek : Mobile Foldable Barrier Stand (M-STAND).

2. Kumpulan : CMR EXO
Unit : Rejimen TUDM Jugra.
Projek : e-Dobi dan jahitan (Smart Laundry).

3. Tiada pemenang

Penciptaan Bidang Inovasi Sosial1Penciptaan Bidang Inovasi Sosial2Penciptaan Bidang Inovasi Sosial3

Bidang inovasi sosial - penciptaan.
1. Kumpulan : Eagle Shadow
Unit : Pusat Simulator Pejuang.
Projek : Zenith Energy Current(ZEC).

2. Kumpulan : Pegasus
Unit : No 14 Skn, PU Labuan.
Projek : Smart Patient In-Flight Management.

3.Kumpulan : Blue Horizon.
Unit : MTU-KOMLEK
Projek : Durian Type Detector(DTD 1.0)

Anugerah1Anugerah2Anugerah3

Terdahulu Panglima Tentera Udara turut menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Terbang Selamat kepada 11 juruterbang yang memenuhi kriteria Anugerah Terbang Selamat Gangsa manakala penyampaian sijil penghargaan kepada para panel pengadil dan peserta telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara.

Turut hadir di majlis penyampaian ini adalah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Lt Jen Dato' Kamalruzaman bin Othman TUDM, Pegawai-pegawai Kanan TUDM serta warga TUDM.