Kemaskini Terakhir: Jumaat,17 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1234

PUTRAJAYA, 31 Julai 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V berkenan bercemar duli berangkat ke Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2018 yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pagi tadi.

Istiadat perbarisan pagi ini berkonsepkan statik tanpa senjata gabungan ATM dan PDRM yang terdiri daripada 6 detasmen dengan kekuatan seramai 46 pegawai dan 823 anggota lain-lain pangkat termasuk detasmen veteran ATM & PDRM.

Sambutan Hari Pahlawan yang diadakan secara penggiliran antara ATM dan PDRM adalah bagi mengenang jasa-jasa perwira tanah air yang terkorban untuk mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi. Pada tahun ini, Majlis Sambutan Hari Pahlawan dianjurkan oleh ATM.

Dalam perbarisan ini, Lt Farahanina Ismail TUDM & ASP Rahimi Hamzah diberi penghormatan mendeklamasikan sebuah sajak berjudul "Pahlawan".

5678

Perbarisan kali ini turut mempersembahkan pantomim kisah pejuang tanah air ketika ‘Operasi Iblis’, Kapten Mohana Chandran a/l Velayuthan yang telah gugur ditembak oleh pengganas komunis. Dengan keberanian Kapten Mohana Chandran, beliau telah dianugerahkan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 7hb Jun 1972.

9101113

Hadir sama di Istiadat Perbarisan ini Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr Wan Azizah bt Dr Wan Ismail; Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Hj Mohamad bin Sabu; Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin; Ketua Polis Negara, YDH IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun; Panglima-panglima Perkhidmatan, pegawai-pegawai kanan, anggota tentera dan Veteran ATM dan PDRM.