Kemaskini Terakhir: Jumaat,17 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 9456DSC 9457DSC 9626DSC 9645DSC 9676DSC 9678

 

GONG KEDAK, 30 Jul 18 – Mesyuarat Jawatankuasa Peperangan Elektronik TUDM (JKPE TUDM) Siri 2/18 yang dipengerusikan oleh Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM telah diadakan di Bilik Mesyuarat No 11 Skuadron. Ketibaan Panglima Operasi Udara telah disambut Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM serta pegawai-pegawai Kanan dan pegawai-pegawai Pangkalan Udara Gong Kedak.

Mesyuarat yang dihadiri seramai 16 Pegawai Kanan TUDM dan 11 Pegawai TUDM bagi membincangkan hal berkaitan peperangan elektronik untuk meningkatkan keupayaan peperangan elektronik TUDM ke tahap yang lebih baik sejajar dengan kemajuan teknologi pada masa kini.

Panglima Operasi Udara juga turut dibawa melawat ke kawasan tapak Mobile Threat Simulator (MTS).