Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WAN 9577WAN 9591WAN 9600WAN 9609WAN 9616WAN 9627

KUALA LUMPUR, 26 Jul 18 – Panglima Angkatan Tentera Singapura, Lt Jen Mervyn Ong telah mengadakan lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan hari ini sempena lawatan rasminya ke Malaysia.

Dalam lawatan ini, Lt Jen Mervyn Ong telah diberi penghormatan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama serta diperkenalkan kepada Pegawai-Pegawai Kanan ATM yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan.

Turut hadir menyambut kedatangan Lt Jen Mervyn Ong adalah Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM serta Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain.

Dalam rangka lawatannya di sini, Lt Jen Mervyn Ong turut melaksanakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu dan Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin. Pertemuan dua hala ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi kerjasama dari segi diplomatik pertahanan di antara dua Negara.