Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456

SUBANG, 18 Julai 2018 - Program Jiwa Mumi atau COMREL (Community Relations) telah dikoordinasi di antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan United States Air Force (RMAF) bersempena dengan Eksesais Cope Taufan 2018 (CT18).

Program tersebut telah dilaksanakan di Rumah Saffiah Shah Alam. Seramai 41 orang peserta CT18 terlibat dalam program bersama-sama anak-anak asnaf Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Antara pengisian program ialah sesi tayangan video eksesais TUDM, ceramah kerjaya oleh Mej Ahmad Sanusi bin Ali dari MTU-BSM Pengambilan dan pertandingan sukan, street soccer. Selain daripada itu, semua peserta CT18 turut meluangkan masa beramah-mesra dengan anak-analk asnaf tersebut dalam usaha menyelami rintihan mereka hidup tanpa merasai kasih-sayang dari ibu bapa dan keluarga.

Turut hadir dalam majlis kali ini ialah Mej Mohd Jaffny bin Abdullah TUDM - Pegawai Laksana No 20 Skuadron mewakili delegasi daripada TUDM dan Mej George Metros dari USAF. Kedua-dua pihak turut menyampaikan sumbangan berupa peralatan sukan kepada Rumah Saffiah untuk digunakan semasa aktiviti riadah dijalankan.