Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WAN 8520DSC 5725DSC 5759

KUALA LUMPUR, 18 Jul 18 – YB Senator Tuan Liew Chin Tong secara rasminya telah memulakan tugas sebagai Timbalan Menteri Pertahanan yang baharu di Wisma Pertahanan hari ini.

Sebaik sahaja tiba di perkarangan Wisma Pertahanan, beliau disambut oleh Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin lalu menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

DSC 5782DSC 5799WAN 8563

Selesai acara KKU, beliau dibawa dan diperkenalkan kepada Pegawai Kanan ATM dan awam seterusnya membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan, YB Tuan Hj Mohamad bin Sabu.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Halimi Abd Manaf; Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim; Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Badaruddin dan Pemangku Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta pegawai-pegawai kanan ATM dan awam Kementerian Pertahanan.