Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

8f4ab44f 8520 417c a24e 868d64aa79f6f36b46fa d382 4c76 86d1 04277754d41834483cd7 ce9a 43ca ad1b 3f9e55607a76276df092 c4ee 49b9 9ace fba06c12c1b1526be6f9 067b 4577 be53 6a0fe181c5a307394049 ad85 436d b0e8 bb0926ff6c2f

FILIPINA, 12 Jul 18 - Tim Pemantau Antarabangsa - Mindanao 13 (TPA-M13) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Markas TPA – M. Majlis dihadiri seramai 150 orang tetamu jemputan terdiri daripada pegawai-pegawai dari Malaysia, Brunei, Jepun dan Jerman termasuk Mufti Besar Bangsamoro.

Menu utama yang disajikan adalah masakan tempatan namun ketupat dan rendang tetap menjadi tumpuan. Majlis ini juga secara tidak langsung telah berjaya merapatkan hubungan antara pihak Kerajaan Filipina dan Moro Islamic Liberation Front (MILF).

Terdahulu, TPA-M13 yang diketuai oleh Mej Jen Dato’ Hj Mohd Nazir bin Hj Mami selaku Ketua Misi dan Timbalannya, Brig Jen Muhammad Shafiq bin Jahudi TUDM telah meneruskan misi ini pada 6 Mac yang lalu bagi mewujudkan keadaan yang kondusif di antara kedua-dua pihak (Kerajaan Filipina dan MILF) di dalam menjalankan proses rundingan damai sehingga wilayah Mindanao mencapai keamanan sepenuhnya.