Kemaskini Terakhir: Khamis,15 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 8965DSC 8977DSC 8986DSC 8993DSC 9002DSC 9034DSC 9038DSC 9040DSC 9077DSC 9097DSC 9104DSC 9107

 

KUALA LUMPUR, 10 Jul 18 – Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Majlis dihadiri oleh Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato' Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM dan isteri serta seluruh warga MPBU bersama keluarga masing-masing.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan isteri, Datin Sri Norainy binti Shahar Alam. Majlis turut dimeriahkan dengan pemberian duit raya kepada anak-anak warga MPBU oleh Panglima Bantuan Udara dan isteri manakala sumbangan kebajikan Hari Raya Aidilfitri dari Tabung Kebajikan TUDM telah disampaikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM.