Kemaskini Terakhir: Khamis,20 Sept 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

M DSC 0028M DSC 0030M DSC 0055M DSC 0079M DSC 0100S DSC 0174

 

SUBANG, 7 Jul 18 – Pangkalan Udara Subang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Keluarga PU Subang 2018 yang berlangsung dengan meriahnya di Dewan Ababil PU Subang. Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir bin Ong, pegawai-pegawai, anggota lain-lain pangkat serta keluarga telah hadir memeriahkan majlis tersebut.

Majlis diserikan dengan pelbagai acara sukaneka, permainan untuk kanak-kanak, persembahan KOMBO TUDM dan majlis jamuan yang telah diadakan pada dua sesi iaitu sesi pertama mulai 1500H hingga 1830H dan sesi kedua mulai 2000H hingga 2300H.
Majlis ini telah disajikan dengan pelbagai menu masakan yang menarik diantaranya, Kambing Golek, Nasi Kak Wok, Satay, Lemang dan Rendang Ayam, Mee Rebus, Kebab, Char Kueh Tiaw, Laksa, Cendol, Apam Balik, Roti Jala, Yong Tau Fu Sup, Pulut Panggang, Otak-otak, Ais Krim Kon & Ais Krim Malaysia, Cotton Candy, pelbagai jenis agar-agar dan buah-buahan, pelbagai jenis minuman, serta tidak dilupakan menu wajib dihari raya iaitu Kuih Raya. Majlis ini telah menggunakan peruntukkan KSSKA dibawah pengendalian aktiviti sosial.
Selain itu, majlis juga telah diserikan dengan kehadiran Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Hj Mohamad bin Sabu yang tiba setelah selesai lawatan kerja di Pangkalan Udara Gong Kedak. Beliau turut diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin dan Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM. Warga Pangkalan Udara Subang tidak melepaskan peluang bertemu dan bergambar kenangan bersama YB Menteri Pertahanan di majlis tersebut.
Antara tarikan serta permainan yang terdapat dalam acara hari keluarga adalah sambung nyanyi lagu raya, suapan kasih sayang, menyusun puzzle, pemakaian sampan mata hati (menutup mata), makan paling pantas, menganyam ketupat serta meneka nama-nama kuih raya. Manakala bagi acara kepada kanak-kanak adalah persembahan silap mata & badut, free ride train, pony rides, giant castle, e-car, hoverboard, rumah hantu dan bermacam-macam lagi. Majlis tersebut telah diakhiri dengan pertunjukan bunga api selama 15 minit.
Seluruh Warga Pangkalan Udara Subang Mengucapkan, “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.”