Kemaskini Terakhir: Rabu,12 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180707 WA0076IMG 20180707 WA0025IMG 20180707 WA0035IMG 20180707 WA0027IMG 20180707 WA0081IMG 20180707 WA0013IMG 20180707 WA0063IMG 20180707 WA0068IMG 20180707 WA0107

GONG KEDAK, 7 Jul 18 - Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu telah melakukan Lawatan Kerja ke Pangkalan Udara Gong Kedak hari ini bagi melihat keupayaan dan pengoperasian pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM yang dilaksanakan oleh No 11 Skn.

Turut mengiringi beliau dalam rangka lawatan kerja ini adalah Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM.

Ketibaan YB Menteri Pertahanan telah disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato' Suhaimi bin Hussain TUDM serta warga PU Gong Kedak.

Dalam rangka lawatan, YB Menteri Pertahanan telah diberikan taklimat daripada Pegawai Memerintah No 11 Skn sebelum dibawa terbang bagi melihat sendiri keupayaan dan kecanggihan pesawat Sukhoi SU-30 MKM ini.