Kemaskini Terakhir: Khamis,20 Sept 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 5060DSC 5050DSC 5073DSC 5101DSC 5112DSC 5119DSC 5124DSC 5133DSC 5151

KUALA LUMPUR, 6 Jul 18 - Majlis Mahabbah Aidilfitri anjuran Kor Agama Angkatan Tentera bagi tahun 1439H/2018M telah diadakan di Masjid Khalid Al-Walid, Kementah hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Hj Mohamad bin Sabu dan Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin.

Hampir 2000 warga Angkatan Tentera Malaysia dan kariah masjid mengimarahkan sambutan Aidilfitri ini sebelum bersama-sama menunaikan solat jumaat di Masjid Khalid Al-Walid.

Hadir sama Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Hj Buang TUDM serta pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia.