Kemaskini Terakhir: Khamis,20 Sept 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

6789

SUBANG, 5 Julai 2018 – Satu Istiadat Perbarisan bersempena sambutan Hari Ulangtahun ke-60 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah diadakan di Pangkalan Udara Subang, hari ini. Perbarisan yang berkonsepkan tempur berjalan lalu dalam masa cepat telah melibatkan 8 Flait yang terdiri daripada 1 x Flait PASKAU, 1 x Flait Provos, 1 x Flait Wanita dan 5 x Flait Gabungan dari pelbagai tred/ketukangan di dalam TUDM.

Komposisi perbarisan adalah seramai 27 x Pegawai dan 609 x anggota lain-lain pangkat (LLP) yang diketuai oleh Ketua Perbarisan, Kol Wan Azwari bin Wan Ali TUDM manakala Penolong Ketua Perbarisan adalah Lt Kol Shafiee TUDM.

145

Dalam perbarisan ini, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah mengambil Tabik Hormat serta memeriksa perbarisan sebelum menyampaikan Perutusan Khas sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-60 kepada seluruh peringkat warga TUDM yang hadir.

DSC 4364

Perbarisan pada kali ini juga turut disertai dengan terbang lintas hormat dari pesawat-pesawat helikopter TUDM iaitu 2 buah pesawat Nuri dan sebuah pesawat EC725 yang membawa 3 x Bendera (Malaysia, ATM dan TUDM) semasa lintas hormat pertama (First Salute).

Pancaragam pengiring sepanjang perbarisan ini adalah dari gabungan Pancaragam Pusat TUDM dan Pancaragam Kolej Tentera Udara (KTU) seramai 80 orang yang dipimpin oleh Mej Mohd Salleh bin Wahab TUDM.

23243029

Perbarisan ini juga turut diserikan dengan acara persembahan yang ditampilkan oleh tim persembahan yang terdiri dari 10 x anggota PASKAU yang membuat demonstrasi menyelamat tebusan, 30 x anggota Pancaragam TUDM yang membuat persembahan nyanyian dan drumline serta 53 x anggota dan 11 x jurulatih Tim Gimnastik daripada Akademi Tentera Udara (ATU) Ipoh.

1110

Turut berlangsung semasa perbarisan ini adalah acara penyematan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) kepada 17 x warga TUDM (1 x Pegawai & 16 x Anggota LLP) dan penyampaian Sijil Kepujian PTU kepada seramai 9 x anggota LLP.

Sijil Kepujian PTU adalah dikhususkan pemberiannya kepada anggota Lain-lain Pangkat (LLP) dan kakitangan awam yang berkhidmat di bawah naungan TUDM. Pencalonan asas bagi penerima Sijil Kepujian PTU adalah dari kalangan individu yang telah menyumbang jasa kepada TUDM dan diperakukan oleh TUDM melalui penganugerahan Sijil Kepujian PTU.

Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) pula dikurniakan kepada anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform di Malaysia bagi menghargai khidmat lama iaitu genap 15 Tahun perkhidmatan di dalam ATM amnya.

3235

Turut hadir menyaksikan perbarisan ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Abd Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM, Mantan-mantan Panglima Tentera Udara serta Pegawai-pegawai kanan TUDM dan warga TUDM yang lain.