Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Jul 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345689

BUTTERWORTH, 29 Jun 18 – Istiadat Perbarisan sempena menyambut Ulangtahun ke-60 Royal Australian Air Force (RAAF) di Malaysia telah diadakan bertempat di Pangkalan Udara Butterworth hari ini.

Perbarisan yang terdiri dari kontinjen kedua-dua buah pasukan angkatan udara ini telah melibatkan penyertaan seramai 167 orang meliputi 146 orang dari kontinjen TUDM serta 21 orang dari kontinjen RAAF.

Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta Chief of Air Force, Air Marshal Leo Davies RAAF telah menyaksikan persembahan perbarisan dan mengambil tabik hormat serta memeriksa perbarisan ini secara serentak.

Kerjasama antara kedua-dua angkatan udara ini telah lama terjalin di dalam pelbagai penugasan secara bersama termasuk latihan gabungan, operasi bersama, dan sebagainya yang melibatkan aspek pertahanan ruang udara Negara amnya. Kewujudan RAAF khususnya di Malaysia telah lama bermula sejak sebelum perang dunia kedua lagi.

Turut hadir menyaksikan perbarisan ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM, Panglima Pendidikan & Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain manakala tetamu jemputan dari RAAF adalah Air Vice Marshal Tim Innes, Commander Integrated Area Defence System (IADS), Group Captain Wendy Horder, Penasihat Ketenteraan Australia di Malaysia serta pegawai-pegawai kanan RAAF yang lain.