Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 6eaacac9 f7ab 4664 812d 8facef6a43187e632897 647c 45f6 ba3b 56dd32fc38198c8681e2 6f3f 4d94 a169 e30e0db98b6517270545 c7d9 4874 945b 9e8f3b9c71b62daee169 cd7b 4c6f b89f 27bdb83a5d0280ea59d0 95d2 451d 82d8 70009e012bbbcf48a6ac 0cd1 42c0 9b58 9d74dc7e9f74d97c2df7 9f32 4954 bf20 707a7eba78212a10ae28 9419 4eae adbf 0a6dc09c63559b1bd4ac 5944 4d21 8abf d72c4ca65811d06fffbf d093 4eec b9e8 f94f0eab1410

SUNGAI BESI, 20 Jun 18 - Perbarisan Perhargaan Panglima Angkatan Tentera telah diadakan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur yang melibatkan kontinjen daripada ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara.

Perbarisan Penghargaan ini adalah merupakan suatu tanda penghormatan serta ketulusan hati dari warga ATM khusus kepada beliau yang akan bersara sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-19.

YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-19 pada tanggal 16 Dis 2016.

Turut hadir menyaksikan perbarisan ini adalah panglima-panglima perkhidmatan serta pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan anggota ATM yang lain.

Pucuk pimpinan dan seluruh peringkat warga TUDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas beliau di atas segala jasa dan bakti yang telah ditabur sepanjang pimpinan beliau sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-19.

Selamat Maju Jaya dan Selamat Bersara.