Kemaskini Terakhir: Sabtu,23 Jun 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

34338840 1752246611529644 5531592649439444992 n34338177 1752246198196352 7291717788333244416 n34341825 1752246088196363 4233602933578530816 n34345408 1752246548196317 6961395822147665920 n34342300 1752246044863034 1514437259917524992 n34344556 1752245871529718 729537840613949440 n34419225 1752245988196373 7203638540352094208 n34583536 1752245944863044 3546078080801964032 n34478287 1752246778196294 4304032743601209344 n

SUBANG, 4 Jun 18 – Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) TUDM Peringkat Zon Tengah II bagi tahun 2017 telah diadakan di Dewan Ababil, PU Subang hari ini.

Calon-calon yang dipilih terdiri daripada pegawai dan anggota daripada pelbagai ketukangan dan lapisan pangkat yang berkhidmat di PU Subang, Markas Pendidikan dan Latihan Udara, Rejimen TUDM, INSMAT serta Unit-unit lojer di PU Subang.

Semua penerima menerima Sijil Khidmat Cemerlang dan hadiah prestasi berjumlah RM1000.00 yang diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.

Upacara penyampaian sijil Anugerah Khidmat Cemerlang disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan diiringi oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Shamsudin bin Kassim TUDM.

Turut hadir di majlis ini Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM; AKS Tadbir, Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM; Ketua Staf Operasi MAWILUD 1, Brig Jen Dato' Hj Yazid bin Arshad TUDM; Ketua Staf MPPLU, Brig Jen Dato' Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM; Pegawai Memerintah Rejimen TUDM, Brig Jen Dato' Hj Mohamed Nazri bin Dashah TUDM serta Pegawai-pegawai dan anggota-anggota LLP dari PU Subang.