Kemaskini Terakhir: Jumaat,17 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

5b6f3844 e2fc 4663 8f8a 5fda2ca55893e283234a 1f46 4e0c 8a37 b0a9ec57aaac258c3a97 0f52 4e14 a238 09e88b1b8c9b0eb7945d fc70 4731 95c5 92e81c4374d2961cba5b 22e8 43e0 bca3 3b06539ecda6f7c594be 4b01 4d5f 984e 145d83e5aaaa

KUALA LUMPUR, 4 Jun 18 - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Royal Australian Air Force (RAAF) telah menandatangani perakuan pemindahan (Certificate of Transfer) bagi alat-alat ganti pesawat F/A-18 Hornet (Model A to D) milik TUDM dalam sebuah majlis yang dilaksanakan di Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Majlis menandatangani dokumen perakuan ini telah membabitkan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Chief of Australian Army, Lieutenant General Angus Campbell yang mewakili Chief of The Defence Force Australia.

Perakuan pemindahan ini sekaligus telah membuktikan jalinan kerjasama yang erat di dalam perkongsian teknologi di antara kedua-dua buah angkatan udara iaitu TUDM dan RAAF serta memperkukuh hubungan baik antara Malaysia dan Australia di dalam Industri Pertahanan.

Lieutenant General Angus Campbell dalam ucapannya turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada TUDM diatas sambutan Hari TUDM ke-60 pada 1 Jun 18 yang lalu serta mengharapkan agar jalinan kerjasama yang sedia terbina ini akan terus utuh di masa hadapan.

Majlis yang penuh bersejarah ini turut dihadiri dan disaksikan oleh Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM, Panglima Operasi Udara dan Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain serta Group Captain Wendy Horder, Australian Defence Attache di Malaysia.