Kemaskini Terakhir: Sabtu,23 Jun 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1567892341011121314151617181920

SUBANG, 1 Jun 18 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah membacakan Perutusan Khas sempena Hari Ulangtahun TUDM ke-60 bertempat di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang hari ini.

Hadir semasa majlis ini adalah Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Ab Wahab TUDM; Panglima Pendidikan & Latihan Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM, Pegawai-pegawai Kanan TUDM serta warga TUDM.

Pembacaan Perutusan Khas ini juga turut disaksikan oleh warga TUDM di pangkalan-pangkalan melalui sidang video (VC).

Terdahulu, Panglima Tentera Udara telah merasmikan Pelancaran Tema dan Logo Hari Ulangtahun TUDM ke-60.

Di majlis yang sama, Panglima Tentera Udara telah menyempurnakan penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) kepada lapan anggota PTTK Pangkalan Udara Subang.