Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1ca8daee 5f5c 4d41 921f f48ae8aa66fd42a7504a b08e 4ec3 a8e7 c5c32be1367e97b045dc 0512 475f 9c86 8f6763a13ca01383b7b3 7abe 4429 9c5e dd465cdc299a010292ce 4563 458c 8506 a5b55f9cf253e5feee01 b335 4f3d a5c7 1b9b1c306974

KUALA LUMPUR, 31 Mei 18 – Majlis Penyampaian Hari Raya kepada ATM telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Tuan Haji Mohamad bin Sabu bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan. Hadir sama isteri Menteri Pertahanan, YBhg Puan Normah binti Alwi.

Seramai 48 agensi penyumbang yang terdiri daripada badan-badan korporat, badan-badan berkanun, syarikat-syarikat swasta dan persatuan-persatuan sukarela telah sudi menyumbang dengan jumlah keseluruhan bernilai RM 1,642,500.00.

Selain itu, ATM turut menerima wang zakat daripada syarikat-syarikat LTAT (RM575,000.00), Affin Bank Berhad (500,000.00), Koperasi ATM Berhad (RM350,000.00) dan Affin Hwang Investment Berhad (RM250,000.00).

Saban tahun, tenaga kerja telah disumbangkan oleh Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) ATM yang membantu menyediakan 15,000 unit bungkusan beg hari raya untuk diedarkan kepada setiap perkhidmatan ATM. Bungkusan beg tersebut akan diagihkan kepada anggota yang sedang bertugas semasa operasi dalam dan luar negara (PBB) serta anggota keselamatan kem-kem tentera pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Hadir pada majlis ini juga, Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohd Affendi bin Raja Mohd Noor serta isteri; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi serta isteri; Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkiple bin Hj Kassim serta isteri; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin serta isteri; Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang serta isteri; Panglima Angkatan Bersama, YBhg Laksamana Madya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany serta isteri dan hampir 500 orang warga ATM.