Kemaskini Terakhir: Sabtu,23 Jun 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

32673432 1733956173358688 2457833629712121856 n32821360 1733956476691991 8540157566011834368 n32579826 1733956410025331 8964198793792716800 n32671962 1733956236692015 7534838097205264384 n32605909 1733956326692006 4438943159631740928 n

SUBANG, 16 Mei 18 - Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Waran (KKPW) Siri 43/18 telah disempurnakan oleh Pemangku Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM bertempat di Dewan Pahlawan, Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR).

Kursus yang bermula pada 5 Mac hingga 6 Apr 18 ini dihadiri seramai 55 anggota terdiri daripada 49 peserta lelaki dan 6 peserta wanita berpangkat Flait Sarjan dari pelbagai ketukangan dalam TUDM.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk melahirkan anggota TUDM yang berupaya serta berkebolehan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Pegawai Waran di pangkalan/unit.

Majlis turut dihadiri oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM; AKS Sumber Manusia, Brig Jen Dato’ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM; AKS Tadbir, Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM; wakil Komander Pangkalan Udara Subang, Kol Mohd Sharil bin Mohd Ariffin TUDM; Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM serta pegawai-pegawai dan jurulatih INSTAR.