Kemaskini Terakhir: Rabu,18 Jul 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

24

31

LABUAN, 12 Mei 18 – No 5 Skuadron Pangkalan Udara Labuan telah melaksanakan satu penerbangan ihsan (MEDEVAC) ke atas seorang anggota Rejimen 516 Wataniah iaitu Lans Koperal Abd Salleh Nihali yang mengalami pendarahan di dalam kepala dan memerlukan pembedahan segera dilakukan. Anggota tersebut telah diterbangkan dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu bagi tujuan pembedahan tersebut yang akan dilakukan di Hospital Queen Elizabeth II.

Pesawat TUDM jenis EC 725 AP yang diterbangkan oleh Mej Mohammad Taufiq bin Norshadat TUDM dan Pembantu Juruterbang Kapt Abdul Hakim bin Zainal TUDM bersama krew pesawat iaitu Sjn U Saiful Fareez bin Ismail.

Pesawat tersebut telah berlepas pada jam 10.23 malam dari Pangkalan Udara Labuan bagi mengambil anggota di Lahad Datu dan selamat tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 3.15 pagi.

Syabas diucapkan kepada juruterbang dan krew pesawat serta warga TUDM yang terlibat secara langsung di dalam menjayakan misi penerbangan ihsan ini.
Komitmen yang padu dan keprihatinan yang tinggi sentiasa dipamerkan oleh seluruh warga No 5 Skuadron di dalam memenuhi keperluan kebajikan warganya serta masyarakat umum amnya.