Kemaskini Terakhir: Jumaat,25 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

a88bd8c9 2aea 461d b86d 1e368aa9808eb9d22d01 247d 4d4d ab68 df8ce11d34ca1e890190 d264 4cad 8b26 757eb4d7435f2b411c23 a411 4445 a07a e3939d1638ab3dc68592 4393 4fcc a738 c9aa7cafcb8f9501aaec 95cd 46fb 8b92 59fd9d6ab676df595063 ecba 4b2e 8dcb 4cb593874341f53ebaaa 6f20 4b13 abab c5fd98d18fc78a87b910 ca04 4c5c 80db b4e4381cd403

KUALA LUMPUR, 15 Mei 18 - Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Puan Sri Norlida binti Haji Abdul Mubin telah menyempurnakan aktiviti pembungkusan barangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2018M/1439H bertempat di Dewan Banquet BAKAT, Kuala Lumpur.

Turut hadir di majlis ini Pemangku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Datin Sri Norainy binti Shahar Alam; Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Zaleha binti Md Yusof; Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Laut, Puan Sri Noor Azrina binti Abdullah; Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Gabungan, Datin Faridah Hanim binti Ahmad serta Ahli-ahli Jemaah Tertinggi BAKAT ATM.

Majlis ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan BAKAT kepada para pegawai dan anggota yang akan menjalankan tugas semasa hari lebaran dan bungkusan barangan ini akan diagihkan kepada mereka pada hari raya pertama nanti.

Majlis juga diteruskan dengan penyampaian Cek Sumbangan Asas dan Geran Sepadan Tahun 2018 daripada Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM kepada BAKAT Perkhidmatan.

Hadir sama Brig Jen Dato' Abdul Manaf bin Md Zaid TUDM mewakili AKS Perkhidmatan Anggota selaku Penasihat BAKAT ATM.