Kemaskini Terakhir: Jumaat,25 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 8774DSC 8706DSC 8715DSC 8729DSC 8790DSC 8792DSC 8819DSC 8867DSC 8908DSC 8916DSC 8917DSC 8918

KUALA LUMPUR, 14 Mei 18 – Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan Tahun 2018M/1439H bertempat di Masjid Khalid Al-Walid (MKWK) hari ini.

Pada acara ini, 58 buah Masjid dan Surau Jumaat ATM telah menerima sumbangan sebanyak RM 1,000.00, manakala RM 500.00 untuk 185 buah surau ATM. Selain itu, majlis juga turut meraikan seramai 80 orang asnaf yang akan menerima bantuan zakat. Tabung Kewangan MKWK juga turut memberi sumbangan kepada 14 buah Surau Kariah MKWK.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim; Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamalruzaman bin Hj Ahmad Badaruddin dan Pemangku Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta kehadiran lebih 1,000 orang warga ATM.