Kemaskini Terakhir: Jumaat,25 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

762b993a e414 4e54 b95f f75fdfa163787d4da167 1585 4a73 a281 fde6b428c27c03a476b5 f1f0 4e01 8891 74373a80c35b67b18490 6c9a 491d b2c3 b8879551e9b17bf9b310 99f5 46fb bade 25bd0cf6172781a4f022 9324 4e02 9d9a 6641ffbe64e59def6d48 3386 400e 9043 0b104f9bcd0097a65ad0 71bc 4ca7 b7f3 4bd5ea698c902401fc93 2d67 436e 903d e2d9244907c6d053a102 7fd8 48ce 8115 63811826a020e8c1b507 1359 417a 8a1c 5b0e4d440272ec67ed54 bd0d 4398 9527 50bdcdc16eb2cae6e580 0591 4d1d a28c a98ff735bda32e841213 0bb9 49ed 8295 b2f9a18ca6414ec78786 9281 4960 b3db 0b8e96bc175b13eea1de 3e7f 4df6 a512 2ec3fa416eadb82c97c0 2c5b 45e5 b02a 0f9c13fb1d04d5084a11 00cb 4484 99cb f23e99740b4f30702945 4be0 4852 9a44 8ca08010b0af1cdd5608 0e49 4830 8e33 dcf2ae350123

JUGRA, 14 Mei 18 – Seramai 33 penuntut Kursus Komando TUDM Siri 25/18 terdiri daripada 1 pegawai dan 32 anggota lain-lain pangkat telah berjaya menamatkan kursus ini dan dianugerahkan Beret Biru Muda yang juga merupakan lambang kemegahan warga Pasukan Khas TUDM (PASKAU).

Penyertaan awal kursus ini adalah seramai 60 orang penuntut yang telah melapor diri, namun begitu hanya 33 penuntut sahaja yang berjaya mengharungi latihan ini dengan penuh dedikasi dan jayanya.

Latihan selama 12 minggu yang dijalankan pada waktu siang dan malam telah bermula pada 12 Feb 18 adalah bagi menguji mental dan fizikal serta melepasi cabaran yang perlu dilaksanakan oleh para penuntut sebelum melayakkan mereka bergelar anggota PASKAU secara rasminya.

Taktik, teknik dan kemahiran yang tinggi sebagai anggota PASKAU telah dilatih sepenuhnya kepada para penuntut dengan mengikuti 6 modul latihan iaitu Modul Latihan Peringkat Kem, Jalan Lasak Jarak Jauh 160KM, Modul Latihan Hutan, Modul Survival, Escape, Resistance, Evasion (SERE), Modul Latihan Perairan, Modul Dark Water (mendayung bot tempur secara taktikal sejauh 120km) dan Modul Survival, Escape, Resistance, Evasion (SERE).

Bagi memastikan latihan ini selari dengan penugasan dan peranan PASKAU dalam melaksanakan operasi khas, para penuntut turut dilatih dengan kemahiran penyusupan melalui darat, laut dan udara, taktik khas peperangan hutan, sabotaj serta menyelamatkan tebusan.

Upacara penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Panglima Operasi Udara, YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Sri Abd Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM bertempat di Batu Hampar, Bukit Jugra, Banting, Selangor.

Terdahulu, satu demonstrasi operasi yang meliputi sebahagian elemen kepakaran PASKAU telah dipersembahkan oleh para penuntut kursus ini.

Dalam majlis yang berasingan, Panglima Operasi Udara turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada veteran TUDM yang juga merupakan salah seorang anggota HANDAU satu masa dahulu iaitu Flait Sarjan (B) Zaidi bin Salleh (52) di atas sikap keberanian yang ditampilkan oleh beliau semasa menyelamatkan mangsa pada kejadian di Jambatan Sultan Abdul Halim, Pulau Pinang yang lalu.

Nilai keperibadian yang positif ini sekaligus telah mengharumkan nama serta melonjak imej TUDM khususnya di khalayak umum. Sikap ini seharusnya dipuji dan wajar dicontohi oleh semua peringkat warga TUDM khasnya meskipun setelah bergelar veteran ATM kelak.

Seterusnya, Panglima Operasi Udara turut bersuai kenal dan beramah mesra bersama keluarga penuntut Kursus Komando TUDM Siri 25/18 bertempat di Wisma Perwira, Rejimen TUDM sebelum diakhiri dengan sesi bergambar bersama seluruh penuntut kursus ini.

Turut hadir menyaksikan majlis ini adalah Pegawai Memerintah Rejimen TUDM, Brigadier Jeneral Dato’ Hj Mohamed Nazri bin Dashah TUDM serta pegawai-pegawai kanan dan warga Rejimen TUDM yang lain.

TUDM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua para penuntut yang berjiwa kental kerana telah berjaya bergelar seorang anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU). Syabas diucapkan!