Kemaskini Terakhir: Jumaat,25 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

3ca05bc6 dee5 4230 92c7 3722724b6d3ac4b985d2 7f16 4239 9cd8 a7aa0fd73f87503a4ad2 3b0b 4a04 a818 fef64c78ead076e26fca 28d3 4358 b55c d209b34a6e19039ae14f 0a07 4c7b bef5 78ac2d5141f5

KUALA LUMPUR, 14 Mei 18 – Pemangku Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM hadir menyaksikan upacara pemakaian pangkat Leftenan Jeneral kepada Mej Jen Dato’ Abu Muslim bin Ismail yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan hari ini.

Pada majlis ini juga, Mej Jen Dato’ Abu Muslim secara rasminya dilantik sebagai Ketua Staf Markas ATM setelah mengambil alih jawatan tersebut daripada Lt Jen Dato’ Abdul Halim bin Hj Jalal.

Di majlis yang sama, turut menyaksikan serah terima tugas Pengerusi BAKAT Gabungan di antara Datin Anitha binti Ahmad dengan Datin Faridah Hanim binti Ahmad yang disaksikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Puan Sri Norlida binti Hj Abdul Mubin.