Kemaskini Terakhir: Rabu,17 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

31723349 1720154511405521 150963921451220992 n31819887 1720154034738902 4463862336544833536 n31726120 1720154114738894 1016045840390684672 n31749675 1720154284738877 7472676455709671424 n31768694 1720154741405498 9148662064288366592 n31769230 1720154848072154 5837415336189624320 n31870568 1720154594738846 8729559739660238848 n31793438 1720154401405532 3893541081077252096 n

SG. BESI, 2 Mei 18 - Persatuan Ekuestrian ATM (PEATM) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi PEATM merangkap Presiden Malaysian Armed Forces Equestrian Centre (MAFEC) melibatkan Brig Jen Hj Mohd Shahada bin Ismail TUDM yang menyerahkan tugas kepada Lt Kol Norazrin bin Shamsudin TUDM. Majlis ini telah diadakan di MAFEC, PU Kuala Lumpur petang tadi.

Pada majlis sama, Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM merangkap Yang DiPertua Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) telah sudi meluangkan masa untuk menyaksikan penyerahan tugas tersebut. Dengan kehadiran Yang DiPertua MSAT ini telah memberi keyakinan dan impak positif demi pembangunan sukan Ekuestrian ATM.

Pada kesempatan sama, satu sesi demonstrasi berkuda melibatkan acara Horse Back Archery, Show Jumping dan pertunjukan formasi berkuda turut diadakan. Pengerusi PEATM yang baru iaitu Lt Kol Norazrin bin Shamsudin TUDM bersama atlet-atlet Ekuestrian ATM telah turut sama menunjukkan kemahiran berkuda dalam menjayakan demonstrasi tersebut.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Kanan TDM, TLDM, TUDM, MSAT dan jemputan luar yang terdiri dari Majlis Ekuin Malaysia (MEM), Equestrian Association of Malaysia (EAM) serta pasukan uniform berkuda. Tahniah diucapkan kepada Lt Kol Norazrin bin Shamsudin TUDM di atas perlantikan Pengerusi PEATM merangkap Presiden MAFEC. PEATM merupakan satu badan yang mengendali dan mengurus MAFEC dan juga MAFET (Malaysian Armed Forces Endurance Team) yang terletak di Skn Istiadat Berkuda, Sg Buluh.

Selamat menjalankan tugas Lt Kol Norazrin TUDM!