Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

4b1e1fbf 3eba 4af8 aaa9 03f569e07eab3faf0cda cbd3 433e 8b1f c1582c813ba4760ef66f de17 4983 af1f bb61d6e36fd22cb7d73a bc75 4322 88fa dfd676c989a2330344e0 b38f 4fae b622 3f1781c3c30c86737aa2 652e 4a24 a1ef 6f28668fb025518073d6 eb60 4536 adcb 5769547259c2e9fde955 f638 4829 bdb1 50607fa618cf6044d2e7 359b 4255 aa69 41b2576e6a93f719d414 5a6c 4165 9c06 06eb4cdfb8d1977c31b2 37a6 48ef 9fa8 0a24950ecd1dbc817c74 2a22 4480 872e 8c366a702143

KUANTAN, 26 April 18 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato'Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bersama memeriahkan Majlis Ramah Mesra bersama Warga ATM di PU Kuantan sempena Program Jelajah Perkasa Perwira oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein. Jelajah Perkasa Perwira pada kali ini telah menghimpunkan ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. Selain itu program ini juga dihadiri oleh pesara-pesara tentera.

Di majlis ini, YB Menteri Pertahanan Malaysia telah sudi menyempurnakan majlis penyerahan kunci RKAT Projek Perpindahan PU Kuala Lumpur dan 1 Malaysia Veteran Home Repair Programme(1MVHRP). Beliau juga turut menyempurnakan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang.

Terdahulu ketibaan YB Menteri Pertahanan Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein di Hangar No 10 Skn telah disambut dengan meriah oleh pasukan Tarian Singa, Paluan Kompang, Tarian Bangra serta Panama Dance. Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor serta Pegawai-pegawai Kanan ATM.