Kemaskini Terakhir: Selasa,24 Apr 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 04 12 at 16.58.03WhatsApp Image 2018 04 12 at 16.58.04WhatsApp Image 2018 04 12 at 16.58.01WhatsApp Image 2018 04 12 at 15.42.17 1WhatsApp Image 2018 04 12 at 16.58.10

KUCHING, 12 Apr 18 – Pesawat CN235 (No 1 Skuadron) telah melakukan penerbangan ihsan dari Miri ke Kuching membawa seorang pesakit, Gibson Laja Anak Dian berumur 3 tahun 8 bulan, menghidap penyakit jangkitan paru-paru tahap kronik yang terpaksa dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak. Penerbangan ini diketuai sendiri oleh Pegawai Memerintah No 1 Skuadron, Lt Kol Syed Faisal bin Syed Abdul Kadir TUDM.

Penerbangan yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit ini terpaksa mengekalkan ketinggian 8000 kaki atas faktor tekanan udara dan oksigen yang menampung alat bantuan pernafasan pesakit. Pesawat telah mendarat dengan selamat di Pangkalan Udara Kuching dan pesakit dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan lanjut.

‘Kami komited dalam memberi bantuan kepada masyarakat. Tiada Kompromi dalam menjalankan tugas sebagai seorang anggota tentera’, kata Pegawai Memerintah No 1 Skuadron, Lt Kol Syed Faisal bin Syed Abdul Kadir TUDM.