Kemaskini Terakhir: Isnin,25 Jun 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180412 WA0015IMG 20180412 WA0017IMG 20180412 WA0018IMG 20180412 WA0022IMG 20180412 WA0007IMG 20180412 WA0010

KUALA LUMPUR, 12 Apr 18 - Panglima Tentera Udara (PTU), YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dimasyhurkan sebagai ahli ke-12 Hall Of Fame, Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT).

PTU sangat berbangga dan berterima kasih kepada ahli Lembaga MTAT yang telah memilih beliau sebagai ahli Hall of Fame pada tahun ini.

Jelasnya, pengiktirafan ini merupakan yang tertinggi diterima olehnya sebagai alumni Maktab tersebut.

Beliau mengharapkan penuntut MTAT dapat fokus membangunkan sahsiah diri untuk menjadi pegawai yang cemerlang dalam perkhidmatan.

Hall Of Fame MTAT adalah penghargaan kepada pegawai-pegawai angkatan tentera alumni MTAT yang cemerlang serta berjaya mencapai tahap tertinggi dalam perkhidmatan masing-masing.

Antara yang pernah menerima pengiktirafan Hall Of Fame MTAT, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah isteri beliau, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Sultan Ahmad Shah; PAT, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut; Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin dan Pegawai-pegawai kanan ATM.