Kemaskini Terakhir: Rabu,12 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WAN 0241WAN 0231WAN 0280WAN 0345WAN 0381

KUALA LUMPUR, 12 Apr 18 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menyempurnakan Majlis Pelancaran IKRAR Kementerian Pertahanan, Perteguh Negaraku bertempat di Wisma Perwira ATM pagi tadi.

IKRAR Kementerian Pertahanan merupakan sebuah buku mengumpulkan segala inisiatif yang telah pun dilancarkan dan diumumkan untuk membela kebajikan warga ATM, veteran, warga awam Kementerian Pertahanan dan juga keluarga mereka dalam segala aspek.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Panglima-panglima Perkhidmatan lain, Pegawai Kanan ATM dan awam serta seluruh warga Kementerian Pertahanan.