Kemaskini Terakhir: Rabu,18 Jul 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

4c0ad1c6 3f72 448a bf6a e98474aa8b01295cc568 2c08 443b b944 ed6629f7407ba7d38298 b6b8 4091 aff6 6c2fa2c5d394c0a41173 6409 4962 97a1 248f9dcb72f0c39d9d66 e704 44a8 8cf4 80001a5d2b45e840960e 2552 4f1f 88db de3cbdd6a321

KLANG, 11 Apr 18 – Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM yang dilaksanakan mulai 8 Apr 18 melibatkan sukan Tenis, Bola Jaring dan Boling Padang telah melabuhkan tirai hari ini. Majlis telah disempurnakan oleh Panglima 4 Divisyen, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria bin Haji Yadi bertempat di Stadium Tertutup Bowling Padang Bayuemas, Klang.

Terdahulu, perlawanan akhir boling padang telah diadakan sebagai acara penutup dimana memperlihatkan penguasaan penuh TLDM pada pertandingan ini dan sekaligus dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM bagi tahun ini diikuti TUDM dan TDM.

Hadir sama di majlis penutup Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Dato’ Dr Hj Mohd Yunus bin Masjuki TUDM serta pegawai-pegawai kanan ATM yang lain.