Kemaskini Terakhir: Khamis,18 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

39ac8c6f 59b3 41de 8e1b 9658ab773a65d942415d 498e 4996 a5fc c8f6201bee7edb315c5b 05aa 4463 88c4 c5be28d1a34cf8ed2635 a0c7 4771 bf78 e1e2b766f1047c040729 88fe 4f9b 9bd4 1e4a0432d9e8ba1ff9bc f472 4f44 b791 85dffcb4aebd429afedc 5497 4a7f 9797 a3e14c21e9c335120c87 8025 4cc0 af46 c3b88063b0e8c60bfe9f 6c83 453e 88e2 2604cfa1d9a1

KUALA LUMPUR, 11 Apr 18 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menyempurnakan pelancaran projek pembinaan di bawah Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) yang julung-julung kalinya diwujudkan kepada warga ATM dan awam Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Program SASaR ini merupakan salah satu agenda di dalam Blueprint Perumahan yang dilancarkan oleh YB Menteri Pertahanan baru-baru ini bagi memastikan anggota dan warga awam MINDEF memiliki rumah sendiri sebelum mereka menamatkan perkhidmatan serta memberi peluang kepada veteran ATM memiliki rumah sendiri pada harga mampu milik sekaligus meningkatkan taraf hidup mereka.

Sebagai permulaan, lebih 3,500 unit rumah mampu milik akan dibina di Sungai Besi (SATRIA Residensi) dimana daripada jumlah tersebut 1,800 unit akan diperuntukkan kepada Tentera Darat, 600 unit untuk TLDM, 600 unit untuk TUDM dan 500 unit untuk warga awam MINDEF.

Spesifikasi keluasan rumah yang bakal dibina ialah seluas 1000 kaki persegi hingga 1200 kaki persegi dengan harga antara RM150,000 hingga RM250,000 seunit. Kompleks kediaman ini juga bakal dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur asas termasuk dewan serbaguna, tadika, masjid, klinik kesihatan dan kompleks sukan.

MINDEF juga berhasrat untuk membina lebih 25,000 unit rumah di bawah program SASaR ini di 13 lokasi di 10 buah negeri sehingga tahun 2030.

Majlis yang diadakan di Kem Transmitter, Sungai Besi turut dihadiri oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Dr Loga Bala Mohan; Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor serta Panglima-panglima Perkhidmatan.