Kemaskini Terakhir: Rabu,18 Jul 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 8012DSC 8044DSC 8067

KUALA LUMPUR, 11 Apr 18 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada tiga orang pegawai kanan TUDM pagi tadi.

Mendahului senarai adalah Kol Haji Toharudin bin Abd Rasid TUDM yang dinaikkan ke pangkat Pemangku Brigedier Jeneral TUDM dan memegang jawatan Ketua Pengarah Operasi Logistik di Bahagian Logistik Pertahanan Markas ATM.

Seterusnya, Lt Kol Hj Abd Wahab bin Enok TUDM dinaikkan pangkat ke Pemangku Kolonel TUDM manakala, Mej Mohd Zamri bin Ibrahim TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Leftenan Kolonel TUDM.

Majlis yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.

DSC 8089