Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180409 WA0015IMG 20180409 WA0012IMG 20180409 WA0011IMG 20180409 WA0010IMG 20180409 WA0013IMG 20180409 WA0014IMG 20180409 WA0046IMG 20180409 WA0045IMG 20180409 WA0043IMG 20180409 WA0037IMG 20180409 WA0035IMG 20180409 WA0019IMG 20180409 WA0032IMG 20180409 WA0031IMG 20180409 WA0030IMG 20180409 WA0027IMG 20180409 WA0026IMG 20180409 WA0024IMG 20180409 WA0023IMG 20180409 WA0022IMG 20180409 WA0018IMG 20180409 WA0007IMG 20180409 WA0006

 

KUCHING, 9 Apr 18 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat kepada Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abang Hj Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Hj Openg  yang telah diadakan di Kem Mutiara Tuang. YAB Ketua Menteri Sarawak telah diperkenankan untuk dianugerahkan pangkat Brig Jen Kehormat melalui Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke-559 bertarikh 27 Sept 17 sekaligus dilantik sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Sarawak.

Perlantikan sebagai penaung JAKPAW Negeri ini dianugerahkan kepada pemimpin Kerajaan Negeri yang dipilih. Dengan perlantikan tersebut, ianya diharap dapat meningkatkan lagi prestasi serta peranan Askar Wataniah di Negeri Sarawak. Majlis yang telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein ini diteruskan lagi dengan majlis beramah mesra bersama Warga ATM sekitar Kuching dan Kota Samarahan. Ini merupakan program Jelajah Perkasa Perwira yang mana merupakan inisiatif turun padang yang dilaksanakan oleh Menteri Pertahanan bersama Pemerintah Tertinggi ATM dan Panglima-panglima Perkhidmatan.