Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 7417DSC 7436DSC 7475DSC 7508DSC 7632DSC 7647DSC 7655DSC 7677DSC 7707DSC 7713DSC 7731

SUBANG, 5 Apr 18 - Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Waran (KKPW) Siri 42/18 telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bertempat di Dewan Pahlawan, Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR).

Majlis turut dihadiri oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM; AKS Tadbir, Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM; wakil AKS Sumber Manusia, Kol Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM; wakil Komander Pangkalan Udara Subang, Kol Mohd Sharil bin Mohd Ariffin TUDM; Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM serta pegawai-pegawai dan jurulatih INSTAR.

Kursus yang bermula pada 5 Mac hingga 6 Apr 18 ini dihadiri seramai 55 anggota terdiri daripada 49 peserta lelaki dan 6 peserta wanita berpangkat Flait Sarjan dari pelbagai ketukangan dalam TUDM.