Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WAN 8574WAN 8603WAN 8632WAN 8653WAN 8681WAN 8672

KUALA LUMPUR, 5 Apr 18 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Mohd Johari bin Baharum telah menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) yang diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan hari ini.

Di majlis tersebut menyaksikan seramai 10 pegawai dan 9 anggota LLP TUDM telah menerima APC dan seterusnya membawa pulang Sijil Anugerah serta hadiah prestasi berjumlah RM1000.00 yang diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.

Majlis yang diadakan ini adalah bagi mengiktiraf dan menghargai Warga Kementerian Pertahanan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2017 di dalam jawatan dan bidang masing-masing.

Semoga ianya dapat menjadi pemangkin untuk terus berusaha menjadi lebih cemerlang di masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada semua penerima. Turut hadir Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM mewakili Panglima Tentera Udara.