Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WAN 8325WAN 8356WAN 8365WAN 8367WAN 8377WAN 8382WAN 8389WAN 8396WAN 8413

KUALA LUMPUR, 4 Apr 18 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat bagi Pegawai Kanan TUDM yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara hari ini.

Di majlis tersebut menyaksikan Kol Ir. Mohamad Razip bin A. Samad TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Brig Jen TUDM dan memegang jawatan sebagai Ketua Staf Sistem di Markas Pemerintahan Bantuan Udara.

Manakala tiga Pegawai Kanan TUDM berpangkat Lt Kol TUDM dinaikkan ke pangkat Kol TUDM iaitu Lt Kol Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM, Lt Kol Zainurin bin Mohd Dom TUDM dan Lt Kol Hj Ahmad Roslan Zaki bin Abdul Ghani TUDM.

Seterusnya, Mej Hasma Hisham bin Mohd Hassan TUDM, Mej Aziudin bin Abdul Aziz TUDM, Mej Zuraidi bin Embok TUDM dan Mej Mohd Shafriz bin Othman TUDM masing-masing dinaikkan ke pangkat Pemangku Lt Kol TUDM.

Majlis pemakaian pangkat tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.