Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

29595083 1690212257733080 118169474509551109 n29597432 1690212354399737 7907515823640608639 n29792081 1690212227733083 2137712350384074300 n29695408 1690212301066409 8481715511417941798 n29791056 1690212284399744 6683473173904896609 n29791879 1690211984399774 4526059242492306560 n29792489 1690212164399756 777714847988292711 n29595250 1690211934399779 1868825988750504764 n29683817 1690212034399769 7245412133238156027 n29793074 1690211884399784 3767385060810344002 n29595444 1690212514399721 4676258438727229954 n29598408 1690212554399717 4603868483911829699 n

KUCHING, 3 Apr 18 - Seramai 130 orang veteran ATM telah menerima Pingat Jasa Malaysia yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bertempat di Dewan Sri Angkasa, Pangkalan Udara Kuching.

Majlis penganugerahan ini adalah merupakan anjuran bersama TUDM dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) bagi mengenang dan menghargai jasa serta pengorbanan perwira-perwira Negara yang telah menyemai bakti di dalam mempertahankan kedaulatan Negara semasa berkhidmat di dalam ATM ketika era darurat yang lalu.

Pingat Jasa Malaysia adalah sebuah campaign medal yang telah dizahirkan melalui statusnya bertarikh 3 Mac 2004 dan diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Pingat ini dikurniakan kepada anggota-anggota ATM khususnya yang berkhidmat pada 1 Jan 1969 sehingga 17 Okt 1990 yang turut dikenali sebagai perkhidmatan semasa darurat kedua. Tempoh ini merupakan jangka masa bagi pahlawan-pahlawan ATM khasnya yang terlibat dalam memerangi pengganas komunis malaya secara langsung pada 1 Jan 1969 sehingga 2 Dis 1999 dan sehingga 17 Okt 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara.

Menerusi statusnya sebagai sebuah campaign medal yang tersohor di Negara ini, justeru pingat ini telah dimartabatkan sebagai pingat yang terkanan berbanding dengan anugerah-anugerah lain yang sama kelas dengannya.

Turut hadir ke majlis penganugerahan PJM ini adalah Mej Jen Dato' Johar Razali bin Hj Ahmad TUDM (IJTU), Mej Jen Dato' Ir Razali bin Abd Ghani TUDM (AKS Kejuruteraan), Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM (AKS Tadbir) serta pegawai-pegawai Kanan ATM dan JHEV.

TUDM merakamkan setinggi tahniah dan sekalung penghargaan kepada semua penerima-penerima PJM sebentar tadi.