Kemaskini Terakhir: Ahad,25 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

86c1cfd0 8d20 4703 a394 406679f31add0fdeb261 29f9 4a5a ac21 3419927c39d17c10977e 4066 40d7 aafc ea445215228980abd7c1 5877 4023 8ffe 1fc7f74e5c10ead41378 3ce4 471a 9d6d 7e8a3fe219d1f0e0db35 247a 44a5 a408 33c38b2f3d1c32f4e82f 659c 4665 ac65 501d549d416af74961c1 b094 452e a96c ef30cc14e44a11f5df25 67f7 4f52 a19d 5d46ff6944f004af6290 6b1d 4823 9985 f12ffc768b997de5fbe1 5938 41af ac1b 773a551888cd

KUANTAN, 2 Apr 18 - Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Kuantan hari ini. Lawatan kerja ini merupakan satu sesi dialog bersama Warga PU Kuantan yang bertujuan untuk menyelesaikan dan menyampaikan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada beliau selaku Ketua Angkatan Tentera selain berjumpa dan mendengar permasalahan serta cadangan yang diutarakan secara terus oleh warga Pangkalan. Sesi dialog ini telah dikendalikan oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM sebagai moderator.

Di sesi dialog itu beliau turut mengambil kesempatan bagi mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM yang sama-sama hadir di majlis tersebut. Di dalam sesi dialog tersebut YM Panglima Angkatan Tentera amat menekankan inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertahanan seperti syarat perkhidmatan baru bagi anggota lain-lain pangkat, Bantuan Bakti Negara (BBN), Skim Anuiti Veteran (SAVe), ASB-Zulu bagi anggota ATM dan Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASAR). Beliau berkata kesemua inisiatif ini perlu diambil manfaatnya oleh seluruh Warga ATM khususnya Warga PU Kuantan.

Dalam ucapannya beliau turut mengingatkan tentang peningkatan kos sara hidup yang meningkat dari hari ke hari. "Berbelanjalah dengan berhemah dan janganlah dibelenggu hutang yang mampu mengganggu emosi dan prestasi kerja yang mana boleh membawa kepada penyelewengan dan rasuah", kata beliau di sesi dialog tersebut.

Terdahulu beliau turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 10 orang anggota TUDM yang dinaikkan pangkat ke Pegawai Waran Udara II dan Pegawai Waran Udara I.

Turut hadir di sesi dialog ini adalah AKS Operasi Strategik, Mej Jen Dato' Mohd Faudzi bin Hj Ahmad TUDM; AKS KOMLEK TLDM, Laksamana Muda Dato' Aris Tan Abdullah; Ketua Pengarah Sekretariat MTU, Brig Jen Dato' Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM; Pegawai-pegawai Kanan TUDM serta Eksekutif Pangkalan.