Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 5582IMG 5594IMG 5606IMG 5617IMG 5660IMG 5665IMG 5675IMG 5684

KUALA LUMPUR. TUDM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Koordinasi Patroli Udara Terkoordinasi Bersama Malaysia – Indonesia (MALINDO) di Selat Melaka bagi Siri 1/18 pada 26 hingga 29 Mac 18. Mesyuarat yang diwakili oleh 4 orang Pegawai TNI-AU dan 6 orang Pegawai TUDM telah dilaksanakan di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur. Operasi yang dilaksanakan dua kali setiap tahun ini adalah di bawah perjanjian General Border Committees (GBC) MALINDO dan diletakkan di bawah tanggungjawab Tim Perancang Operasi Udara (TPOU).

Mesyuarat koordinasi ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Lt Kol Fazrul Azwan bin Mustafa TUDM iaitu Pegawai Memerintah No 15 Skn selaku Ketua Delegasi TUDM dan Kolonel Pnb Jhonson Henrico Simatupang iaitu Asisten Operasi KOSEK III Medan selaku Ketua Delegasi TNI-AU. Operasi yang dijadualkan pada 11 hingga 13 Apr 18 akan menggunakan 4 buah pesawat pejuang yang sama jenis dari kedua-dua negara.

Kol Mahadzer bin Amin TUDM telah merasmikan mesyuarat tersebut pada 27 Mac 18 dengan dihadiri oleh Kolonel Pnb Sri Duto Dhanisworo – Atase Udara dari Pejabat Kedutaan Republik Indonesia Kuala Lumpur dan Lt Kol Zainal Abidin bin Yahia@Yahaya TUDM – PS 1 K&L MPOU.