Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180331 WA0066IMG 20180331 WA0073IMG 20180331 WA0051IMG 20180331 WA0076IMG 20180331 WA0077IMG 20180331 WA0082923e6730 776c 427a adf5 0d44dcca6dbe 1df8ad6f0 96f4 4c00 8876 e5db464c6423IMG 20180331 WA0071IMG 20180331 WA0055IMG 20180331 WA0059IMG 20180331 WA0080IMG 20180331 WA0079IMG 20180331 WA0074

SUNGAI BESI, 31 Mac 18 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan ATM 2018 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.

Seramai 334 orang Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) telah ditauliahkan pada hari ini terdiri daripada Pegawai Kadet yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Mereka merupakan Pegawai Kadet dari pengambilan tahun 2011, 2012 dan 2013.

Perbarisan ini turut menyaksikan Pegawai Rendah Kanan Muhammad Aiezad bin Azhar telah dinobatkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan ALK. Beliau merupakan Pegawai Kadet Udara berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kujuruteraan Elektrik dan Elektronik Kuasa dan ditauliahkan ke Cawang Juruterbang TUDM. Manakala Pegawai Kadet Terbaik TUDM disandang oleh Pegawai Rendah Kanan Muhammad Syabil bin Shamsudin.

Dalam titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, baginda menzahirkan setinggi tahniah di atas kejayaan seluruh Pegawai Kadet yang menamatkan latihan dan baginda juga yakin dengan berbekalkan ilmu yang telah diperoleh semasa dalam latihan, pegawai-pegawai ini dapat menyumbang ke arah pembentukan ATM yang disegani.

Turut hadir, Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein; Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima-panglima Perkhidmatan, Naib Canselor UPNM, Pegawai-pegawai Kanan ATM serta ahli keluarga Pegawai Kadet yang ditauliahkan.