Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1345IMG 20180331 053739IMG 20180331 053622

KUALA LUMPUR, 30 Mac 18 - Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah menyempurnakan Majlis Makan Malam Rejimental ATM dan PDRM yang diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

Majlis yang dihoskan ATM dan PDRM ini menjadi bukti kerjasama, sokongan dan penghargaan kedua-dua pasukan keselamatan Negara sebagai organisasi yang menjaga pertahanan dan keselamatan Negara kepada kerajaan. Kehadiran YAB Perdana Menteri ini amat bererti kepada warga ATM dan PDRM khususnya kerana komitmen dan keprihatinan YAB Perdana Menteri terhadap kedua-dua pasukan keselamatan Negara ini.

Majlis makan malam rejimental ini yang dihadiri seramai 460 anggota ATM dan PDRM turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-tugas Khas di JPM, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein; Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Yang Dihormati Ketua Polis Negara, Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi bin Harun serta para pegawai kanan ATM dan PDRM.

Di majlis pada malam ini, ATM turut meraikan Sambutan Hari Peringatan PDRM ke-211 yang jatuh pada tanggal 25 Mac baru-baru ini. Para tetamu yang hadir juga turut berpeluang melihat pameran National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang disediakan di ruang legar Dewan Perkasa menggabungkan kerjasama Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, ATM dan PDRM.