Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

e520ed83 5536 414c b1cc 9bae960c87963a879bba 5fdd 46bf 85aa 4e62ed8fb5d22e5cb9a7 faba 42e3 a067 abed6f9d35a8371b42bd 7846 4eb0 b826 540f1a50184ae33cc543 35ff 4049 920d 35d713a0058f20c66d58 b624 4d02 a8a9 9a250a8a6c0d6a0415ea dcd5 4ef8 ba46 3ef8e149597f029000ad 1af2 41c8 8b82 ce0ff0cc4c4a6ff90bd7 722a 4690 b821 bfcb263beb4e8b3ca859 86b6 426d a333 06de7d0fea2bef60c0f0 601f 4388 b757 81dcb27cce14105f06f6 977d 427a bb9c 08ad8f4ea3d6

SUBANG, 28 Mac 18 – “Warga TUDM haruslah mengambil peluang dan kesempatan ke atas inisiatif yang ditawarkan oleh Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan setiap warga TUDM khasnya dan ATM amnya”, kata Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM semasa sesi dialog bersama warga TUDM di Pangkalan Udara Subang.

Antara inisiatif yang disebutkan oleh Panglima Tentera Udara adalah berkenaan Amanah Saham Bumiputera Zulu (ASB-Z) yang memberi manfaat pelaburan yang besar kepada anggota. Selain itu, beliau juga turut menerangkan berkenaan bantuan kerajaan Program 1 Anggota 1 Rumah (SASAR) yang akan dibina di Sg. Besi dan pelanjutan tempoh perkhidmatan 21 tahun terus ke 26 tahun dalam membantu anggota mencapai pencen maksimum 60% serta faedah persaraan yang lebih tinggi. Disamping itu juga, beliau turut mendengar dan membincangkan isu-isu berbangkit yang diketengahkan oleh warga pangkalan.

Dalam majlis yang sama, Panglima Tentera Udara turut menyempurnakan majlis penyampaian Sijil Kepujian kepada 10 orang anggota dan seorang kakitangan awam Pangkalan Udara Subang yang telah menyumbang jasa terhadap TUDM.

Turut hadir dalam Lawatan Kerja Khas ini adalah Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM; AKS P&P, Mej Jen Dato’ Dzulkarnain bin Hj Ahmad TUDM; AKS Kejuruteraan, Mej Jen Dato’ Ir Razai bin Abd Ghani TUDM; Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Shamsudin bin Kassim TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.